Followers

Sunday, April 17, 2011

Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet

Salam semua,
Malam ni, kami sekeluarga pergi makan dekat Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet.
Ops kak saya yang 2nd tak pergi. Wakil anak dia ja. hehehe.

Ni kali kedua saya kesana, kat sini, suasana makan dia memang super la.
Sangar best, sebab ada pondok-pondok yang dijadikan ruang makan. Sangat selesa. Tempat dia pun di katakan sangat Best :)

Ok, sampai-sampai ja, tak lupa la perkara penting.
Snap Snap Snap, hahahahha.

Luqman macam biasa tak reti duduk diam, tapi takpa sebab kami pilih pondok yang ada meja bersila, so dia tak ada la nak masuk bawah meja sangat.
Itu pun dah cukup bising, ada saja nak cakap.
Makan tak pun.


Kedua : mak dengan Luqman.


Ketiga : Kak dengan Abah.


Keempat : Luqman.

Menu :

Menu yang kami pilih memang simple ja, hehehe, dan sedap. 
Kat sini memang ada macam-macam makanan, Western Food, Chinese Food.
dan macam-macam lagi.

(Saya tak suka western food dia, sebab dulu order Chicken Chop. Hahaha tak sedap)
Tapi yang lain tak tau la.

Tempat ni memang femes la dengan masakan kambing dengan cedawan dia.

Menu 1 : Saya punya. Nasi Goreng Paprik.
Mak dan Abah juga :)


Menu 2 : Nasi Goreng Cendawan.
Kak punya


Menu 3 : ABC Mutiara
Sangat besar sebenarnya, huhuhu.
Tak habis makan pun.


Menu-menu lain yang tak ambil gambar sebab dah lapar sangat-sangat.
Cendawan Goreng Mutiara. (Sangat sedap)
Kentang Goreng.
Ayam goreng kunyit.
Air Epal Hijau dan Tembikai.

Tuesday, April 12, 2011

Muka Dah Jadi Cartoon

Salam semua,

Harini saya nak share macam mana nak cartoonkan gambar sedia ada dengan begitu mudah, cepat dan lagi cantik cun melecun, dah tak payah nak touch up lagi gambar, hehehe bocor rahsia.

Dah lama cari benda ni, nak buat sendiri tak pandai kan, so try ler cari kat encik google, tanya encik google, pastu terjumpa la web ni.

Jeng jeng jeng.

Klik sini : http://cartoon.pho.to/

Sayang-sayang semua hanya perlu uploadkan gambar ke web itu dan kebabommmm gambar sudah menjadi cartoon.

Ini hanya online photo editor sahaja, untuk mencantikkan gambar supaya nampak lebih cartoon kenalah edit bagi cerah sikit gambar tu, nak lagi cantik, letak gambar muka je, kalau ramai-ramai nanti jadi semak pulak gambar tu, hehehe.

ni contohnya :


Upload dan terus jadi begini, begitu dan blablabla.


Hehehe macam mana, teruja tak nak cartoonkan gambar sendiri? mestilah kan, hehehe, apa lagi, cepat-cepatlah buat. Hehehehe.

Ehhh, tunggu jap, tuan belog pun nak sibukkan diri upload gambar sendiri, tapi yang dah dicartoonkan.
Hahahahaha jangan marah ehh :)


Amacam? merah tak? hahahaha.

Daaa semua, sayang semua <3

Friday, April 8, 2011

Saya dan Zaman Kecik-Kecik Saya

Salam sayangs semua.
Hehehe, sayang ke? mesti lah sayang kan kan kan?

Oke harini saya nak share dengan korang-korang semua. Gambarrr semasa saya kecik-kecik di zaman-zaman dahulu kala.

Ehhhh tengokk-tengokk bawah ni.



Hehehee, nampak tak, comel kan dulu, sekarang ni ka huhuhuhu comot sesangat.
Tapi kan ada orang tu kata ehhhh ni gambar budak laki mana ni.
Tak sama langsung. Huhuhu.
Beza kan saya dulu dan sekarang.
Hehehehehehehe.


Ni semua kazenss yangg rumah rapat-rapat sampai sekarang.
Kami orang Kampung.
Apa, ingat kampung tak best ke?
Kampung pun boleh pasang Wifi oke?
Kalau nak dapat Wifi free tu? Hhuhuhu sedih.
Hahahahahha.


Tempat ni memang tak jauh dari rumah, Jalan Kaki kurang 5 minit pun dah boleh sampai.
Sawah padi, orang Kedah kata bendang.
Hehehe.
Sekarang takdak dahhh jalan camtu.
Jalan tar ok, hik3.


Oke. Pic last ni pun ngan kazen jugak.
Sebenarnya saya tak ingat punn apa yang terjadi masa tu.
Gambar-gambar kat atas lagi la. Hahaha.
Menurutt kata mak saya, Ni gambar masa gi amik tok saya yang baru balik dari Mekah.

Okee. sambung nati.
Hehehe.

Wednesday, April 6, 2011

Edisi Gila Webcam

Salam semua,

Penah tak takada keja cari keja posing posing depan webcam sorang sorang?
Hehehehhe.

Tengok gambar bawah sampai muntah muntah eh?
heeeeeeeee.







Oke.
Cukup la tu.

Babai.

Kenapa saya ada BELOG

Salam semua,

Harini kan, harini kan, harini kan. Hahaha sawan cakap mesti nak ulang.
Okehh tengok lagi tengok atas tu, tajuk apa?

Haaa kenapa saya ada blog?

Jangan tanya kenapa? ehhh tu tajuk saya, wahaha apa saya merepek ni, okehhh.

Pertama
Saya suka blog, saya suka merapu, saya suka berangan dalam blog saya. Saya suka tulis macam-macam, tapi kadang-kadang saya malu bila orang baca, hahaha.
Malu sebab cerita saya tak best, cerita saya boring, cerita saya syok sendiri, ehhhhh.
Ada saya kesahhh? ni blog saya kan, saya suka suka, saya punya suka lah, hehehe.

Kedua
Kalau dah ada blog, adalah rugi besar kalau tak nak amik peluang untuk menjana $$ walaupun belog tu tak ada orang baca, tapi kena usaha lah bagi orang baca, hahaha.
Mula mula orang tak kenal, lama-lama terkenal jugak.
Sebabnya ini tengok tengok tengok bawah sinunnn bawah lagi, heww.


Hehehe sikit sangat, sebenarnya duit yang masuk tu bukan melalui belog ni, sebabnya belog ni memang tak ada value, huhu saya ada belog lain, tapi dah tak berapa nak aktif, tapi still ada orang masuk, huhu.
Sekarang ni episod malas menguasai diri. hik3.

Ada lagi sebab menyebab penyebab saya suka dan ada belog ni, hehehehe.
tapi lain kali na tulis, sebab malas nak menaip dah ni.
Hahahaha.

Tuesday, April 5, 2011

Saya Suka Yang Cute Cute

Salam semua, 

Hehehe tengok tajuk atas. Sapa yang tak suka yang cute kan. Mesti lahh semua orang suka kan kan kan?
Hehehe mengada nak kan kan kan banyak kali.

Semalam kak saya baru balik.
Dia g Langkasuka, ehh Langkawi, hahaha.

Tengokk kat bawah ni. Laddybird. cumeyyllll tak?
Jeles tak? hehehe. Jangan jeles sangat. Jeles sikit-sikit takpa, hihi.

Teka apa?


Mesti sendiri jugak kena jawab kan?
Hehehe.
Tula coklat, yummy2.
Luar je cantik, dalam rasa sama jugak. hahahahaha.


Memandangkan saya sejak akhir-akhir ni suka sangat kumpul pen yang pelik-pelik, cantik-cantik dan cute-cute. Kak saya pun beli la pen kat atas tu. hehehehe.
Cute tak, cute tak, cute tak?
Hahaha.
Ingat !!! Jeles sikit-sikit je tau :)


Ni pen pertama yang saya beli kat Genting Highland, teruja sangat dengan pen ni sampai menimbulkan minat nak kumpul pen macam ni banyak-banyak.

Maaf pen tu xleh buat masak kari. Oppsss :)


Tak banyak pun koleksi-koleksi saya. 
Tapi akan datang Insya Allah :)

Sayang sangat korang,
Sayang lagi benda kat atas ni, hik3.
Jangan Marah, daaa :)

Sabah

Salam semua,

Harini sesuka hati saya nak cerita, cerita apa?
Sendiri tanya mestilah sendiri jawab, hehe.

Saya teringin sangat nak pergi Sabah dan tempat macam ni,
tengok, macam kat bawah ni.




Cantik kan?
Boleh nampak apa yang ada dalam air, pastu ada rumahhh kayu macam tu.
Suka lahhh. hehehehe.

Nanti kena kumpul duit pastu nak pergi tempat macam ni, tak sabar tak sabar.
Hahahahaha excited ohhhh.

Monday, April 4, 2011

Nak Bahagia tapi Hati tak TENANG

Huhuhu sekarang ni tengah mencari ketenangan hati.

Huhuhu tolong2.

Tensen la, kadang-kadang semua masalah kita tak leh nak share ngn orang kan?
Tapi tu la, sedih plak bila diri nak menanggungnya.

Huhuhu.

Akibatnya orang lain lah menjadi mangsa.

Kalau orang lain tak paham mesti kita pulak yang menjadi mangsanya.
Nasib nasib.