Followers

Sunday, February 27, 2011

Susah Tidur

Salam semua,

Seminggu dua ni saya memang susah nak tidur, huhuhu napa eh? kalau nak kata saya tidur petang pn tak jugak, petang pun saya susah nak tidur. Saya dah puas paksa untuk tidur malam-malam, tapi kerap terjaga, setiap setengah jam mesti nak terjaga ja. Huhuhu sedihnya orang lain boleh ja tidur sampai terpikir nak makan ubat tidur.

Saya kalau nak tidur pun lepas subuh, tu pun bangun kul 8 9 pagi, memang tak lena la.

Ada tak cara-cara supaya saya boleh tidur dengan nyenyak dan nyaman sampai ke pagi? hehehe.

Kalau ada bolehlah share eh? Jangan kedekut dengan saya tau.



TQ encik google.

Kalau saya boleh tidur nyenyak macam baby kat atas ni, alangkah indahnya dunia, hehehe, best kan? tanpa gangguan :)

Friday, February 25, 2011

Huhu

Salam,

Huhuhu kenapa ehh sekarang ni rasa macam susah hati sangat.  Macam-macam pikir, itu ini itu ini.
Salah saya ka? hurm.

Wednesday, February 23, 2011

Blog Tutorial

Salam semua,

Hari ni nak share blog-blog yang banyak bagi tutoriol untuk mencantikkan blog masing-masing.  Hehehe edit la sampai blog korang berat berkilo-kilo sampai susah nak loading k, apa-apa pun janji hati puas, hak hak hak.


Bawah ni, ada senarai blog-blog yang bagi tutorial okeh, tengok jangan tak tengok, hihihi.


SATU : http://tutorialuntukblog.blogspot.com/

DUA  : http://tutorialforblogger.blogspot.com/

TIGA : http://syamilamohd.com/category/tutorial/

EMPAT : http://wanhazel.blogspot.com/

LIMA : http://www.fiezaradzi.com/category/tutorial/

ENAM : http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=40658&pagenumber=

TUJUH : http://www.kujie2.com/tutorial-blog


Cukup dulu ehhh setakat tu. heee.

Tuesday, February 22, 2011

Heliza Helmi - Cuma Aku

Salam semua,

Suka plak dengar lagu Heliza yang baru ni, best plak, hehehe. So pe lagi layan je la lagu ni =)




Kalau dah ada lagu, mesti kena ada lirik, hik hik hik.

Lirik Cuma Aku - Heliza 

Aku suka kamu aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang
Apa kata kamu mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tentu
Untuk apa cinta jika tiada sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

AKu suka kamu aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta jika tiada sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Mana ada cinta jika tidak sudi
UNtuk apa kasih jika tak memberi

Mana ada cinta jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tidak memberi
Mana ada cinta jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Monday, February 21, 2011

Chatting

Salam,

Dah lama tak masuk room kat YM. Rindu plak nak chat-chat. Mula-mula excited nak chat. Hik hik hik.
Dah masuk room (selalunya room Kedah la).

Alahaiiii apalahh nasib, selalu sangat jumpa jantan gatal kat sini.

Please la, terusssss bosan nak sembang.

Bodoh betul la jenis orang macam ni. Eeeeee geram. huhuhu spoil mood yang excited tadi ja.

Hurmmm.

Betul la cakap orang, memang tak boleh percaya langsung dengan dorang ni.

Nyampah betul.

Sunday, February 20, 2011

Dirimu Satu

I will always loving you, kekasihku..

Dalam hidupku hanya dirimu satu..
I will always need you, cintaku..
Selamanya takkan pernah terganti..

Ecece jiwang ehhh malam ni sambil layan lagu 
Dirimu Satu - Ungu
hehehehe

Best lirik dia, hahaha.
Walaupun lagu dia macam sesuai bawa tidur.

Amacam?

Rasa macam mau lena sudah.
Hahahahaha.

Saturday, February 19, 2011

Cuti Cuti KL ( P2 )

Salam, mari dengar cerita basi, hihihi. Hari ketiga kami pegi KL, kami se family telah melepakkan diri di rumah Kak Ieda, tengs Kak Ieda se family sebab masak sedap-sedap untuk kami and tengs to Ayong Joe sebab belanja makan satey thats nite.  Makan sampai kenyang :)

Ehh ini bukan dekat KL. Tapi Putrajaya, hihihi.

Suka sofa merah tu, nice, lagi nice and sweet bila Luqman p posing, hahaha memang tak bleh blah kan.




Lepas tu lepak dekat sini pulak, di Putrajaya juga ya :)
hehehe.
Nice view kan.
Kami lepak sampai kul 12tgh malam, lepas tu baru balik rumah.
Letih yoy.




Kalau dah nama tukang amik gambar, gambar dia mesti ada 1 dalam 1000 kan, huhu sedih okeh :(
(Tipu jek)...

Cukup la dulu, malas nak edit ahhh, hehehe, ada banyak lagi pitcha,
kalau rajin saya upload la lagi dan lagi. Hehehe.



Cauuuu :)

Thursday, February 17, 2011

Yes atau NO

Susahnya nak buat keputusan,
semua suh semayang Istiharah ja.
Hurmmm.
Tapi cam dah dapat jawapan.


Hohohohoho.

Tapi tak tau betul ke x.

Sunday, February 13, 2011

Siapa Salah

Salam,

Rasa sedih arr pulak, huhuhu.
Napa ehh ada orang yang suka nak salahkan orang lain walaupun ada kejadian yang tak diingini berlaku depan orang tu sendiri.

Kalau orang tu alert, benda ni tak jadi kan?
Bila dah jadi napa nak salahkan orang lain?

Tolong la jangan nak salahkan orang lain ja, hurmmm.

Orang lain tu pun tak mau benda tu jadi juga.
Susah ka nak faham?

Saturday, February 12, 2011

Resepi Sedap

Resepi Marble Cheese Brownies :)
Mesti Cuba


BAHAN A - Bahan-bahan Brownies :
*    250g butter ( cairkan , dan masukkan serbuk koko 

     dan kacau sebati)
     1 cwn serbuk koko 


** (putarkan 3 bahan ini)

    3 biji telur 
    1 1/2 cwn gula castor

    1 tsp esen vanilla 


*** 1/2 cwn susu cair 


**** (3 bahan dibawah diayak sekali)
       1 1/2 cwn tepung gandum 
       1 tsp baking powder 
       1 tsp soda bikarbonate 



Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung  sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 180 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah. 



BAHAN B - Bahan-bahan lapisan cheese:
250g creamcheese
1 cwn gula castor
1 biji telur



Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.



Masukkan ke dalam adunan Bahan A dan bakar sehingga 20-25 minit.

Luqman oh Luqman

 Salam,

Luqman ni kalau g jejalan naik keta, mulut dia mesti bising, tambah-tambah kalau nampak lori, bus, jentolak, lembu, ayam dan sewaktu dengannya. Huhu walaupun bising tapi takpa, kalau tak bising nanti sunyi plak kan, hehehe.


Ni gambar semalam setelah penat buat bising dalam keta dan guling-guling kat kedai.
Hehehehe.
Tapi sekarang dah botak. 

Thursday, February 10, 2011

Suka Ini

Salam,

Arini ja berapa banyak ehhh nak post entri, hambik bosan bosan tak dak kerja, hidup dengan blog saja la, hehehehe.

Saya dari dulu suka betul warna purple ( ungu lah ) huhuhu awat ntah cantik ja nampak.


  Kalau lah semua benda pun warna purple, alangkah indahnya dunia, haihhhhh merepek sudah.

Kalau lah lembu kaler purple, huhuhuhu.


Kalau lah bunga kobis kaler purple
Yummy yummy
hik hik hik


tapi,

Apesal sejak-sejak kebelakangan ni, warna kuning jugak jadi pujaan hati.
Walaupun dulu memang benci sangat dengan warna ni.


Walau apa pun, warna ungu tetap menjadi cinta hati saya.
Huhuhuhu.

Header Blog Transparent

Salam,

Hye semua, since keja takda sangat nak buat kat umah, walaupun kemas umah pun tak tera mana, yela kemas kejap, pastu ada la nak buat semak balik, huhuhuhu.

Ni saya dah berbelas kali edit header blog transparent.
Memang lemah gila.
Banyak tengok tutoriol orang, tapi bila buat sendiri, macam-macam jadi.

Buat sementara waktu memang nak guna header ni,
simple ja kan?
 hik hik hik.



Sekarang ni, memang duk cuba-cuba letak gambar, tapi tu la, asyik tak jadi ja.
Gelap la, terlebih cerah la.
Nampak cut yang tak cantik la.
Memang tak puas ati sangat-sangat.
Kalau ada orang yang sudi nak ajar lagi best.
Dialu-alukan. 
Tapi free tutoriol la. hehehe.


Daaa.

Cuti Cuti KL


Minggu lepass dah melepaskan geram pergi bercuti.
Asyik duk kena tinggal ja kan.

Walaupun p KL ja, tetap best, hehehehehe.

Malas nak taip panjang-panjang, mata ngah sakit ni, huhuhuhuhu.
Luqman punya hal la ni.

Fenin-fenin
eh ehh ehh.

Kalau ada barang ilang kat rumah,
Boleh tak nak google search?
Wahahahaahahahha.


Buat-buat Bosan

Salam,

Bosan arr pulak kan bila duk umah ni,
takdak kerja sangat nak buat.
Huhuhuhu.

Tengok tv tak best, layan internet bosan.
Asyik facebook, facebook, facebook.
Terasa juga nak pergi tengok wayang, tapi takdak teman lak,
Nak gi sesorang rasa cam pelik, hahahaha.

Duk umah asyik nak buli Luqman ja.
Hahaha padan muka.

Rasa-rasa la kan benda apa yang best untuk dibuat dirumah?
hurrmmmm tinggggggg dah dapat idea.
lalalalalalala tak leh gitau.

Hahaha entri paling bodoh dan sengal.
Jangan marah ;p


Monday, February 7, 2011

Cerita anak kecil dalam JAMBAN


Ini kisah tentang seorang perempuan
Seorang gadis yang masa itu masih kecil dan perawan

Pejamkan mata yang bayangkan saja situasinya
berada didalam suatu tempat kecil terpuruk
yang kau namakan JAMBAN

Aku tidak tahu tentang kamu-kamu
Aku tidak tahu apa cerita kamu
Tapi ini cerita aku maka dengarkan
Ambil mata kamu dan paku

Dengar cerita aku disuatu masa
Ketika dahulu di suatu masa
Menangis sendiri disuatu masa
Tentang diri sendiri disuatu masa

Aku dibesarkan dimanja disayang
Aku dibesarkan dengan segala rasa
Aku dibesarkan dengan penuh cinta
Aku dibesarkan biasa saja

Ayah bonda kenapa bohong?
Kenapa engkau hendak bohong?

Dulu dikata akulah raja
Puteri jelita
Sekalian rakyat jelata akan menceburui jiwa aku
Tapi ayah bonda dunia tidak mahukan jiwa aku
Yang dihendakkan cuma wajah dan rupa saja

Wahai ayah bonda kenapa engkau bohong saya?

Aku dibesarkan sebagai seorang gadis yang gemuk pendek
Busuk tak cerdik
Aku dikatakan orang
"Hey babi, kenapa engkau sangat jelik?"

Wahai ayah bonda kenapa dibohong?
Aku ini bukan disini
Tempat aku tak sepatutnya dibiar di luar pergi

Aku patut disimpan disuatu tempat 
Dimana cuma ada ayah ibu
Dimana mereka kan sayang aku

Untuk siapa aku ?
Untuk siapa aku ?

Bila aku keluar aku di keji
Bila aku diluar aku di maki
Kerana yang dimahukan cuma wajah rupa seri

Ayah bonda kenapa bohong saya?
Ayah bonda kenapa tak cerita?

Dunia tempat kejam
Dunia macam-macam

Depa tak suka saya
Depa tak cinta saya

Kenapa ayah? Kenapa bonda?
Tak dikhabarkan yang mereka-mereka
Yang tak sukakan siapa saya
Yang hendak dari dulu menjadi saya

Mereka hendak saya jadi cantik
badan jelita
Tapi itu memang bukan saya, bukan saya
Bukan saya

Maka apakah aku harus pergi?
Duduk dirumah dan terus mati?
Apakah aku bukan disini
Tak akan pergi, tak akan pergi

Dunia memang kejam
Dunia macam-macam

Tapi jangan sedar
dengarkan semua kata mereka

Dunia tempat kejam
Dunia macam-macam

Tapi janganlah engkau percaya kata mereka
Biar kita begini saja
Buruk, Gemuk
Besar, Cantik

Biar saja diri kita
Cantik, Molek
Hodoh, Jelik

Siapa kita itu kita
Cinta saja jiwa kita

Kalau mereka tak suka
Pergi mampus tak apa
tak apa
tak suka tak apa
ini sisa sisa rasa
rasa jiwa yang luka

- fynn jamal -