Followers

Sunday, March 20, 2011

Seseorang

Salam,

Dah pukul 2, sebelum tidur tetiba nak buat entry ni, tapi entry ni jiwang skit.
Khas untuk awak,

Awak,
Terima kasih.
Awak selalu buat saya tersenyum, selalu buat saya bahagia,
Awak tak pernah nak marah saya walaupun sekali,
Awak terlalu baik untuk saya :)

Saya nak awak tahu,
Saya terima awak bukan sebab rupa atau harta,

Tapi sebab saya mengharap sesuatu daripada awak,
Sesuatu yang boleh membahagiakan Mak dan Abah saya, family saya dan saya.
Supaya awak boleh membimbing saya ke jalanNya,

Saya memang tak boleh menjadi yang terbaik,
Tapi saya ada usaha untuk melakukannya :)
Walaupun ia tak sesempurna yang awak inginkan.

Saya harap awak paham.
Saya sayang awak <3

Hehehehe
Saya suka awak senyum
Senyum la selalu :)

Ikhlas,
Saya



Luqman kata ni baby ayam ngan baby tupai
Hehehe,

Saturday, March 19, 2011

Dapur Rosak

Salam, 

Gambar-gambar kat bawah ni semua sebab angin kuat, guruh dan kilat semalam.

Tengok-tengok.
Habis rosak dapur dengan bilik air rumah saya, huhuhu.
Pokok Kelapa belakang rumah tumbang.



Gambar yang diambil pun setelah semuanya dikemas.
Huhuhu.
Kalau tak penuh dengan syiling, daun-daun kering.
Air hujan penuh masuk dalam dapur, sebab tu letak zink menghala ke tingkap.
Buah kelapa pun ada masuk dalam dapur.



Tengok ada buah kelapa.
Huhu.
Apa-apapun thanks kat jiran-jiran yang tolong semalam.

Tuesday, March 8, 2011

Demam Selsema


Dah dua hari saya demam selsema, terus google, wah3 terasa nak cepat cepat sembuh, dah letih sakit2 camni, huhu.
 Ni info yang saya dapat, mari baca.

Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.
Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
  • Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
  • Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
  • Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
    • Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
    • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
    • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
    • Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
    • Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
    • Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.
Gejala-gejala yang lain
  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Demam.
  • Sakit-sakit badan.
Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.
Apakah komplikasi demam selsema?
Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
  • Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media)- kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
  • Sinusitis- jangkitan merebak hingga ke sinus.
  • Pneumonia- jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.
Risiko
  • Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
  • Kekurangan zat makanan.
  • Letih dan berasa tidak sihat
  • Susah hati.
  • Warga tua.
  • Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.
Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
  • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
  • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
  • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Jangan menggigit kuku.
  • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
  • Makanlah makanan yang seimbang.
  • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
  • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
  • Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
  • Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.
Pengurusan sendiri
Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.
Disini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
  • Berehat di katil. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
  • Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).
  • Menghadkan aktiviti: Terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
  • Meminum banyak air. Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).  Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.
  • Berkumur-kumur dengan air garam yang suam . Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.
Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?
  • Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.
  • Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.
Dekongestan
  • Hidung tersumbat adalah suatu masalah biasa yang merengsakan (mengganggu) semasa demam selsema. Tidak hairanlah, dekongestan termasuk dalam sediaan ubat-ubatan demam selsema di pasaran.
  • Ia dapat meredakan penyumbatan atau bengkak pada saluran hidung, dengan itu melancarkan pernafasan.
  • Ia terdapat dalam bentuk krim sapu dan ubat makan.
Antitusif dan ekspektoran
  • Ubat batuk bertindak dengan menjadikan batuk anda lebih produktif iaitu mengeluarkan kahak atau dengan mengurangkan batuk yang kering dan menyakitkan.
  • Untuk mengurangkan kekerapan batuk anda buat sementara waktu, anda boleh memakan ubat penahan batuk. Ubat-ubatan ini yang juga dikenali sebagai antitusif (penahan batuk) bertindak terus ke atas pusat batuk di dalam otak.
  • Ekspektoran adalah sejenis ubat batuk yang mengandungi guaifenesin, iaitu bahan yang bertindak melancarkan perjalanan lendir di dalam saluran pernafasan. Hasilnya ekspektoran dapat menolong melapangkan saluran pernafasan dari bahan-bahan yang mengganggu.
Antihistamina
  • Agen-agen antihistamina ini dapat melegakan gejala-gejala seperti bersin, hidung dan mata berair yang biasa dikaitkan dengan demam selsema.
  • Ia dapat mengurangkan perembesan lendir dan membantu penghidap demam selsema berehat.
Analgesik/antipiretik
  • Sakit otot, sakit kepala dan demam yang kadangkala terjadi semasa demam selsema boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.
  • Parasetamol ialah agen antipiretik yang berkesan dan digunakan dengan meluas.
  • Aspirin sepatutnya tidak digunakan untuk merawat penyakit demam di kalangan kanak-kanak atau remaja. Ini kerana aspirin dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit Sindrom Reye.
  • Sindrom Reye ialah penyakit yang serius, tetapi sangat jarang berlaku. Ia lazimnya terjadi di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 3-12 tahun. Ia boleh menjejaskan semua organ badan, tetapi selalunya mencederakan otak dan hati.
Vitamin C
Vitamin C mungkin dapat mengurangkan jangka masa atau keterukan gejala-gejala yang berlaku, tetapi tiada bukti yang jelas mengenainya.
Berjumpalah doktor sekiranya....
Demam selsema biasa yang anda hidapi tidak berkurangan selepas seminggu atau anda mempunyai gejala-gejala berikut:
  • Selsema dengan demam 380C atau lebih tinggi yang berpanjangan lebih dari 2-3 hari.
  • Sakit kepala yang teruk atau sakit di bahagian muka.
  • Penyumbatan hidung yang mengakibatkan sukar bernafas.
  • Berbunyi ronkus ketika bernafas (nafas bunyi berdesit).
  • Batuk yang teruk.
  • Sakit telinga.
  • Kahak berwarna kekuningan, kehijauan atau merah karat.

Thursday, March 3, 2011

Kenangan Paling Benci

Salam,

Sekarang dah pukul 3.19am still tak dapat tidur lagi. Tadi masa tengok Begitukah Cinta kat tonton terdengar Luqman nangis, kuar-kuar tengok dia demam rupanya, baru lepas muntah, kesian plak. Hohoho.

Pastu sambung tengok cerita Begitukah Cinta sampai habis sebab petang tadi tak sempat nak tengok. Ok jugak layan cerita ni.

Eceli, bukan nak cerita pasal Begitukah Cinta tu, hahaha.

Tetiba ja macam terpikir pasal kenangan lama yang super boring dan super benci tu kan, dah la benci, boleh pulak duk simpan barang-barang tak berharga + sakit mata memandang sakit lagi tengok muka tuttt tuttt tuttt.

Esok memang plan nak angkut semua barang-barang tu, nak pergi buang je, wahahaha gila sakit hati tetiba kot. Tak pun saya sedekah je dekat orang.

Saya pun tak paham kenapa saya still nak simpan semua tu, sampai dalam purse saya sekarang pun still ada.  Hurmmmm. Padahal memang menyampah betul.  Harap esok memang betul-betul clean dan clear, sama ja dalam kepala otak saya skali.

Ok la semua, nak tidurr, sayang semua.
Gudnite.

Daaaa,