Followers

Monday, May 23, 2011

Saya dah GEMUK sangat sangat


Aku sangat gemuk arr sekarang, duduk rumah tak bermakna.
Membela lemak di badan.
Antara tahun kat atas tu, aku rasa berat aku dah naik 5 - 10 kg.
Huwaaaaaaaaaaaaaa.
Tu tanda bahagia ka stress????

Tuesday, May 17, 2011

Tak Berubah Pun Sebenarnya

Salam,
Saya sebenarnya tak tau nak tulis entri apa, saya sekarang ni saya dapat rasa saya banyak berubah, mood memang tak menentu, sampai sakit kepala, tambah-tambah waktu tidur malam pendek, huhuhuhu. Stress sangat pasal tu.


Tuesday, May 10, 2011

Hari ini

Salam,

Hari ini 
10 Mei 2011 / 100511
Selasa

Bulan Islam 23 Ramadhan :)
Sambut lagi ke?

Ok, sebenarnya hari ni, hari saya dilahirkan.
Apa yang special hari ni?

Hahahaha tak ada apa yang special pun, sama macam tahun sebelumnya.
Dapat ucapan di wall Facebook.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang wish untuk saya hari ni :)

Seperti biasa ada doa saya pada hari ni :
1. Sentiasa di redhai Allah SWT.
2. Kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
3. Mendapat kesihatan yang baik.
4. .................................
5. .................................

Amin :)

Sunday, April 17, 2011

Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet

Salam semua,
Malam ni, kami sekeluarga pergi makan dekat Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet.
Ops kak saya yang 2nd tak pergi. Wakil anak dia ja. hehehe.

Ni kali kedua saya kesana, kat sini, suasana makan dia memang super la.
Sangar best, sebab ada pondok-pondok yang dijadikan ruang makan. Sangat selesa. Tempat dia pun di katakan sangat Best :)

Ok, sampai-sampai ja, tak lupa la perkara penting.
Snap Snap Snap, hahahahha.

Luqman macam biasa tak reti duduk diam, tapi takpa sebab kami pilih pondok yang ada meja bersila, so dia tak ada la nak masuk bawah meja sangat.
Itu pun dah cukup bising, ada saja nak cakap.
Makan tak pun.


Kedua : mak dengan Luqman.


Ketiga : Kak dengan Abah.


Keempat : Luqman.

Menu :

Menu yang kami pilih memang simple ja, hehehe, dan sedap. 
Kat sini memang ada macam-macam makanan, Western Food, Chinese Food.
dan macam-macam lagi.

(Saya tak suka western food dia, sebab dulu order Chicken Chop. Hahaha tak sedap)
Tapi yang lain tak tau la.

Tempat ni memang femes la dengan masakan kambing dengan cedawan dia.

Menu 1 : Saya punya. Nasi Goreng Paprik.
Mak dan Abah juga :)


Menu 2 : Nasi Goreng Cendawan.
Kak punya


Menu 3 : ABC Mutiara
Sangat besar sebenarnya, huhuhu.
Tak habis makan pun.


Menu-menu lain yang tak ambil gambar sebab dah lapar sangat-sangat.
Cendawan Goreng Mutiara. (Sangat sedap)
Kentang Goreng.
Ayam goreng kunyit.
Air Epal Hijau dan Tembikai.

Tuesday, April 12, 2011

Muka Dah Jadi Cartoon

Salam semua,

Harini saya nak share macam mana nak cartoonkan gambar sedia ada dengan begitu mudah, cepat dan lagi cantik cun melecun, dah tak payah nak touch up lagi gambar, hehehe bocor rahsia.

Dah lama cari benda ni, nak buat sendiri tak pandai kan, so try ler cari kat encik google, tanya encik google, pastu terjumpa la web ni.

Jeng jeng jeng.

Klik sini : http://cartoon.pho.to/

Sayang-sayang semua hanya perlu uploadkan gambar ke web itu dan kebabommmm gambar sudah menjadi cartoon.

Ini hanya online photo editor sahaja, untuk mencantikkan gambar supaya nampak lebih cartoon kenalah edit bagi cerah sikit gambar tu, nak lagi cantik, letak gambar muka je, kalau ramai-ramai nanti jadi semak pulak gambar tu, hehehe.

ni contohnya :


Upload dan terus jadi begini, begitu dan blablabla.


Hehehe macam mana, teruja tak nak cartoonkan gambar sendiri? mestilah kan, hehehe, apa lagi, cepat-cepatlah buat. Hehehehe.

Ehhh, tunggu jap, tuan belog pun nak sibukkan diri upload gambar sendiri, tapi yang dah dicartoonkan.
Hahahahaha jangan marah ehh :)


Amacam? merah tak? hahahaha.

Daaa semua, sayang semua <3