Followers

Friday, December 17, 2010

You

Salam semua,

Lama kan tak post entry, hehe bukan bz, tapi takda benda yang saya nak cite, tambah2 memang tau blog ni memang takda orang nak baca, lagi la malas nak update kan. hehe.

Dah dengar ke lagu kat blog ni? huhu dah suka sangat dengan lagu ni.

Duk ulang banyak-banyak kali, duk wat dengar time nak tidur pon best ni, hehe.

You dari Nur Jannah Alia, sebenarnya tak kenal pun Nur Jannah Alia ni, dah try google, still tak jumpa gak, apa-apapun suka lah lagu ni.

Y O U :)

Tuesday, December 14, 2010

Tak Tau

Tak tau lahh nak gambarkan macam mana perasaan saya sekarang, kadang-kadang terasa bodoh sangat, kadang-kadang terasa sedih, marah, kecewa.

Huhuhu, dan kadang-kadang macam nak menangis puas-puas, huhuhu.

Napa la jadi macam ni ehh, salah saya ka? saya dah cuba buat yang terbaik, dan saya cuba untuk terima apa yang saya miliki.

Mungkin tak sesuai dengan saya.

Huhuhu. Saya patut buat keputusan.

Yakin pada diri. Hohoho ( O.o )

Monday, December 13, 2010

Bersyukur

Kadang-kadang terasa macam banyak plak saya ni complaint, seolah saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada.

Astarfirullahhalazim.

Bersyukurlah fizah,

Selalu fikir positif.

Kenapa?

Huhu macam nak nangis je rasa, huhuhuhuhuhu.

Sedih dan tensen sangat2.

Monday, December 6, 2010

Baik Jahat

Salam,

Susah kan nak kenal mana satu baik, mana satu jahat.  Kadang-kadang kita nampak muka orang tu baik, padahal perangai dia buruk ya amat dan macam tu la sebaliknya.

Sedihkan kalau kita dah tersalah tafsir perangai orang, orang yang kita percaya, rupanya syaitan yang selalu merosak fikiran kita.  Orang yang kita sangka jahat, rupanya orang tu yang selalu menyokong kita, tak sangka kalau semua ni berlaku.

Huhu, memang susah nak tafsir perangai manusia, harap-harap dijauhkan yang jahat dan didekatkan dengan kebaikan.

Amin.

Thursday, December 2, 2010

Tutorial 1 : Blog Header

Salam,

Heeee haaaa atas permintaan (walaupun sorang), haha, saya akan wat tutorial untuk membuat header dengan meletakkan gambar sendiri.

Haaa macam ni, mula-mula anda mestilah mempunyai template blog yang ada header bersaiz besar, kalau header kecil, boleh juga nak letak, tapi gambar anda akan comel la.

Kalau anda nak tukar template, google ja, bersepah ada (sebab saya sendiri tak reti buat template, haha).

Step 1  :
Langkah untuk nak ambil header pada template sedia ada.

Di Menu MANAGE BLOGS dashboard anda, pilih Design >> Edit HTML

Oke seterusnya,

cari url header template anda.


Dan save gambar header blog di dalam computer anda, jangan lupa tu. Dan ini header yang saya dapat untuk blog saya.


Step 2 :
Mula mengedit di Adobe Photoshop, haaa juga lupa, anda mestilah kena ada Adobe Photoshop ye, dan yang saya guna ni Adobe Photoshop CS3 Extended.

Seperti biasa anda mesti lah memasukkan header blog anda tanpa mengubah saiz asal.

File >> Open untuk header blog anda.

dan masukkan pic anda juga, ulang benda yang sama.

File >> Open untuk gambar anda yang dipilih.


Seterusnya anda perlu cut bahagian gambar anda dengan menggunakan Quick Selection Tool (W) yang boleh didapati di sebelah kiri Adobe Photoshop anda.


Anda boleh mengemas bahagian yang hendak di cut dengan menggunakan tool Add to selection dan Subtrack from selection.

Kemudian anda harus copy selection gambar yang telah di buat dan dipindahkan ke header blog anda.

Caranya, Edit >> Copy

Di bahagian tools sebelah kiri Adobe Photoshop, klik pada Move Tool (V)

Klik pada selection gambar yang telah di copy tadi dan pindahkan ke header blog anda.


Oke siap dan boleh save, anda boleh letakkan wings brush kalau anda nak.

Dah untuk letak kan semula url header blog, anda mestilah upload gambar header blog (mungkin dengan menggunakan entri blog anda), dapatkan url bersaiz asal, dan letakkan semula di bahagian ini.


(Maaf sebab tak edit url tu, sebab tu sama dengan yang atas)

Saya pun dalam proses belajar, kalau ada salah dan silap boleh tegur ye, hehe, jangan malu-malu.

DIY (Blog) Fasa 1

Salam,

Wahh sudah lepas fasa satu mengedit header dengan meletak gambar tuan blog, haha, bajet ja kan.  Sebenarnya memang tak puas hati lagi dengan hasil setengah jam ni.  Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi, dan masih tak memenuhi citarasa, hehe.

Ni hasil yang tak seberapa dari orang yang tak pakar dalam hal-hal ni, heee.



Nantikan kemunculan DIY dalam entri seterusnya, masih dalam mood untuk belajar benda baru, hehe, dan mungkin belog ni akan berubah dari masa ke semasa mengikut ketidakbizian tuan belog.

Dan jika saya rajin, saya akan wat tutorial macam mana nak letak gambar sendiri dengan menggunakan adobe photoshop.

Amacam? nak muntah tak masuk belog ni?

Hahahaha.

Layan je laaaa.

Wednesday, December 1, 2010

Bengang

Huhu nyampah dan bengang betol tengok dia, rasa macam nak penyet-penyet ja muka dia, memang bengang tahap cipanzi dah ni, apasal la dia wujud dalam hidup saya ehh.

Dia ingat dia sempurna sangat ke? tengok tak pun, orang lain lagi bagus dari dia, mungkin dia ni memang jenis perasan diri dia sempurna kot, memang nyampah orang macam ni.

Nyesal aku kenal dengan dia, huhuhu, dia memang selalu sakitkan hati orang, dah la penipu besar.

Eeee benganggggggnya !!!!!!!!!!


Jangan tanya sapa dia ni, memang sakit hati sangat bila tengok dia, dengar nama dia lagi la, wawawawa.


Tak kan ada yang terbaik untuk orang yang tak baik macam dia. Hoho.

Sunday, November 28, 2010

Bosan

Salam,

Huhu bosan nya duk umah.  Nak kuar tak dak geng plak, sapa-sapa nak teman saya kuar angkat tangan? hahaha.  Jom kita p tengok wayang.

Hew hew hew.

BOSAN.

Friday, November 26, 2010

Terima Kasih

Salam,

Terima kasih di ucapkan kepada Mak Abah Kakak, Pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan pengajian saya di PTSS.

Banyak dugaan yang saya hadapi semasa berada di PTSS.  Dugaan yang menyedarkan saya betapa pentingnya belajar atas usaha sendiri.  Kesibukan bukan alasan untuk saya melakukan perkara bodoh yang mungkin akan merugikan diri saya sendiri.  Terima kasih kepada Puan Suhaini kerana menyedarkan saya tentang sesuatu perkara, saya telah bangun dari kesilapan, berdoa kepadaNya dan berusaha.  Tak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah lain, jasa kalian memang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Kepada Mak, thanks sebab paksa saya sambung belajar dulu ( Kalau ikotkan hati memang malas dah nak belajar sampai terpaksa contact membe dan pujuk tuk pergi belajar sekali, huh memang tak boleh berdikari langsung kan? ).  Macam tak percaya, sekejap ja dah setahun kan, memang cepat masa berlalu.  Abah pun sama, terima kasih sangat-sangat sebab banyak support saya masa belajar dulu :)

Kawan-kawan saya memang terbaik, sebab tanpa kawan, memang tak dapat saya nak habiskan pengajian kat PTSS, Thanks semua.

Dulu masa masuk PTSS, memang saya banyak mengeluh, itu tak kena, ini tak kena, tapi bila dah tinggalkan PTSS, wahhh kenangan rupanya.  Tiba-tiba rindu kat PTSS, hahaha, rasa cam lawak la plak.

Hehe, apa-apapun saya rasa, PTSS telah mematangkan diri saya, Thanks PTSS.

Heeeee poyo kan entri kali ni, tapi penuh makna tau :) Bye.

Wednesday, November 24, 2010

Cubaan Pie :)

 Salam,

Hehe, banyak benda kena buat harini, semalam saya dapat call dari kak Huda suruh datang interview, hehe, happy gak la dapat interview, mula-mula kak Huda cakap interview kul 1, then pagi ni dapat call kata interview kul 11.30 pagi lak, huhu gila kelam kabut pagi tadi, dengan tak mandi lagi, terus siapkan resume, susun sijil-sijil, dalam kelam kabut, wahhhh purse tertinggal dalam keta kak saya, dah kakak pi keja, pastu nekad gila pi interview tak bawak lesen dengan ic, kawan saya kata, takpa jadi PATI kejap saya tadi. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, kalau saya diterima bekerja, nanti company tu akan call next week, so kena tunggu jawapan jela kan.  Sambil-sambil tu kena siapkan boxes tuk kak saya. Hehe sempat kot kan. Apa-apa pun, terima kasih kepada Siti sebab bantu bagi info tempat keja tu. TYVM :)

Hehe pic kat bawah ni menyelerakan tak? hehe eceli saya tak rasa pun lagi, tapi dah ikot segala yang tok guru ajar, harap-harap sedap.  Tu namanya Pai Keju Pic, yummy yummy.

Saya sebenarnya tak reti agak adunan pastry pai dengan creamcheese, sebab tu saya dapat dua adunan, disebabkan creamcheese tak cukup, saya gunakan jem rambutan (sebab jem strawberry xdak) hehe, takpe la kan, saya dah rasa yang bawah, sedap oke, tapi sangat la manis, huhu.


Pai Keju Pic ( lemak berkrim disukai ramai) haha perasaan, tah tah orang lain makan kata tak sedap, wat malu ja, hehe :)


Yang ni lak, Pai Jem Rambutan, sedap gak, dah rasa, dan sangat yummy-yummy :) hehe kulit pai rasa macam biskut raya lagi yu. hahahaha.

Malam ni takmo diet-diet, ayuhh makan sama-sama, hehe.

Sunday, November 21, 2010

Bermesra dengan Haiwan

Salam,

Wah tajuk kemain, haiwan pe tah nak bermesra sakan, haha. Semalam kami satu family ke Zoo Taiping, dah lama tak gi sana, best gak, tambah-tambah Luqman excited gila sampai Zoo, layan Gajah, Zirafah, Monyet, hahaha. Dia memang suka tengok binatang, sebab kat umah 2 3 kali sehari mesti nak layan cite Ice Age.




Saja tak nak letak pic banyak-banyak, sebab malas nak edit dan letak. So kena tunggu mood rajin datang, mesti lagi meriah entri, tambah-tambah blog ni, hehe.

Kan blog ni kosong lagi, memang tak menarik langsung orang nak baca dan memang tau tak dak sapa nak baca pun, tu yang tak bersemangat nak mencantikkan blog ni, so sekarang baik biar je dulu kan kan kan?

Sebelum tu,

Saya nak ucapkan takziah kepada keluarga Pak Long saya, dan Al-Fatihah kepada beliau yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi akibat jangkitan kuman, semoga rohnya tenang dan berada dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Tak Bisa Memiliki

Salam semua,

Disini saya just nak share dengan semua apa yang saya dapat dekat facebook, mungkin ada hikmah atas segala kejadian kan.

Tuhan..kenapa semua yang aku inginkan tidak bisa aku miliki????

Saat aku mulai mencintai seseorang aku ditinggalkan.

Saat aku sangat mengharapkannya dia menghilang 
Ketika aku mulai merasakan bahagia aku dicampakkan 
Ketika aku sangat membutuhkannya dia memilih yang lain

Aku bertanya pada Tuhan Yaaa.. 
Tuhan..kenapa semua yang aku inginkan tidak bisa aku miliki????

Tuhan menjawab karena kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya

Aku kembali bertanya tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku

Tuhan "Kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu"

Tuhan " Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar"

"Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, disaat kamu selalu mencari yang terbaik"

"Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih egois"

"Aku akan memberikan pasangan untukmu yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu"

Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Surga).

(QS. An-Nur [24]:26)

Thursday, November 18, 2010

Raya keDUA

Salam semua,

Bila baca-baca balik entry lepas, macam baru perasaan ada entry saya bahasakan diri saya, dan ada juga aku, huh macam orang tak tetap pendirian kan? ntah la, mungkin betul kot saya ni jenis tak tetap pendirian, oke mulai skrg saya akan bahasakan diri saya sebagai saya :) boleh? walaupun nampak skema, saya rasa selesa skit.

Petang tadi saya temankan akak saya pergi booking mekup dekat Zarith Andaman, serius teruja dengar akak tu cakap, huhu teringin gak rasa diri nak kena mekap, haha.

Akak tu sambil cakap sambil tengok saya, macam saya lak yang nak kawin, tau la muka saya rosak skit, kes mandi air pili bomba kat hostel, huhu, takpe tunggu la, saya dalam proses nak mencantikkan kulit muka balik, hehe. Masa kat sana tadi, teruja sangat tengok album akak tu mekap customer dia, cantik-cantik semua, baju kat kedai dia pun cantik-cantik. Nanti kawin boleh pergi situ, hahaha berangan padahal calon pun takdak lagi.

Lepas booking, saya ngan akak gi Jusco Perda, beli hadiah kat Luqman, awal kan? hehe syok tengok Luqman dapat adiah, hehe. Tadi gak saya beli novel Sungguh Aku Cinta, tak sabar nak baca, macam best ja.

Oke la, nak layan novel dulu eh, c yaaa.

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha

Salam
Aidil Adha
semua :)

Hari ni, dah 22 tahun aku menyambut Aidil Adha bersama keluarga tercinta, hehe, walaupun tak ada yang istimewa, hari ni tetap best.

Nak tau best sebab apa? sebab hari ni kami satu family telah korbankan seekor lembu, walaupun ni kali kedua. Ia tetap meriah. Heeeee.

Tak tau nak cerita apa lagi kat belog ni, sebab tengah sakit perut, huhu, nak buat apa pun macam malas ja, tu yang duk depan laptop layan lagu Opick ja, gila lagu dia jap, hahaha.

Kalau dah bergambar, tiap-tiap hari pun wajib kan, hehe, tambah-tambah sekarang dah ada belog, lagi arr rajin.

Kau Laksana Bulan

Salam,

Sebenarnya, entri kali ni bukan nak cerita pasal kekasih hati, hehe, sebab memang takde yang istimewa lagi pun.

Cerita dia mengisahkan drama TV2 "Kau Laksana Bulan, cerita ni dah lama, aku je ketinggalan zaman baru nak tengok kat youtube. Best sangat jalan cerita dia, sampai leh nangis-nangis, hahaha, dan tak sangka rupa-rupanya cerita ni diadaptasikan dari novel.

Aku punya excited nak tengok sampai habis, sehari aku layan sampai naik ting tong ngadap laptop lama-lama, apa-apa pun terbaik la.

Dalam cerita ni juga, ada lagu yang buat aku teringat sangat, cuba sedaya upaya google, haha, lagu Opick Rapuh, best dengar, serius tak jemu, banyak kali dah ulang dengar, esok kalau free leh download.

Kalau sesape yang tak tengok lagi, baik tengok, haha.

K arr, nak tido, esok kena bangun awal, ada korban, dan sebelum tu kena la sembahyang raya dulu kan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua. bye.

Monday, November 15, 2010

Kembali Berbelog

Salam,

Yeahhhh, saya kembali berbelog seperti dahulu kala, zaman muda mudi, ecehh sekarang pun still muda oke, hehe, saja ja sebenarnya, mood boringan telah kembali, sebelum dapat kerja, lebih baik berbelog kan kan :) hehe.

Saya juga sedang mencari sesuatu yang boleh buat masa saya terisi time-time macam ni, yang boleh buat saya tersenyum, bahagia dan sebagainyalah. Hehe.

Walaupun kadang-kadang ada benda buat saya sedih, saya tak pernah kecewa dan tak pernah mengalah, malah dia akan menjadikan saya lebih matang dari biasa, sebab segala dugaan yang Allah berikan ada hikmah disebaliknya, percayalah :)

Next post, next entri akan menyusul, nantikan okehhh, hehehe.


 Lebyu, sekian.